Saturday, July 21, 2012

Berita sedih di pg 1 Ramadhan...

Pagi 1 Ramadhan yang sejuk....rasa nak terus berselimut... :) alhamdulillah masih ada nafasku hari ini...begitu juga suamiku tercinta (all da best to my hubby; ada interview ari ni...), keluarga2 yang disayangi dan rakan2 tersayang...mudah2han orang2 yang kita sayang sentiasa dberi kesihatan yang baik....


Seawal 6 pagi td, dah dapat sms yang mengejutkan...berita sedih utk salah seorg rakan sekerjaku, Ilani. Ibunya telah kembali ke rahmatullah jam 5.25 pg td. Pemergian secara tiba2. Dimaklumkan arwah sihat2 saja, namun pitam semasa melawat saudara yang sakit di JB. Al-Fatihah...mudah2han arwah ditempatkan bersama golongan hambaNya yang beriman. Mudah2han Ilani diberi kekuatan menghadapi ujian ini dalam keadaan dirinya yang pastinya sangat teruja utk menunggu kelahiran cahayamata pertama tidak lama lagi...

No comments:

Post a Comment